Kempen kesedaran Advokasi : Klik Dengan Bijak,Check Your Label dan E-Waste
21 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 20 Jan 2018 bersamaan hari Sabtu, Pusat Internet 1 Malaysia Spaoh telah mengadakan Taklimat Kesedaran Klik Dengan Bijak,Check Your Label Dan E-Waste yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Interent 1 Malaysia (PI) Spaoh.
Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran adab dan etika semasa melayari internet dalam taklimat Klik Dengan Bijak.Selain itu dalam kempen Check Your Label pula bertujuan mendidik orang ramai supaya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peratan tersebut telah diperakui mengikut standard yang ditetapkan. Manakala taklimat E-Waste pula,program pelupusan peralatan ICT secara selamat dan mesra alam.
Antara pengisian semasa program ini adalah Taklimat Klik Dengan Bijak,Taklimat Check Your Label dan Taklimat E-Waste.Selain itu terdapat juga sesi tayangan video bagi memberikan pemahaman yang lebih dekat kepada peserta dan sesi soaljawab.
Melalui program seperti ini, pihak PI sedikit sebanyak dapat berkongsi sedikit ilmu dan kesedaran kepada peserta. Dengan ini, objektif PI dapat dilaksanakan iaitu dengan mendidik masyaraka agar menggunakan internet dengan cara selamat,berwaspada dalam berinteraksi dan bertanggungjawab dalam menggunakan internet secara positif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: